Sunday, December 11, 2011

muda sebelum tuamu

Dua hari lalu, aku balik kampung. menziarahi kedua orang tuaku yang kini hanya tinggal berdua. Memahami rasa kesunyian yang menyelubungi kehidupan mereka, aku sering membawa anak-anakku pulang ke kampung, agar anak-anakku belajar sesuatu. kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diri kita sewaktu kecil.

Ketika asyik menonton kartun kesukaan anakku, tiba-tiba ayahku menghampiriku. Lalu dihulukan kepada sebuah buku nota yang berwarna pink. Dia memintaku menaipkan satu wasiat nenekku. tujuannnya untuk diperbanyak kepada mak cik dan pak cikku yang lain. Nenekku buta huruf. Hanya mampu menulis jawi. Aku kagum dengannya. Walaupun belajar sendiri, dia mampu membaca al Quran dengan baik.

Melihat tulisan wasiat itu membuat aku terdiam seketika. Menyedarkanku bahawa nenekku sudah tua. Jadi wasiat itu minta ditulis untuk pembahagian faraid buat anak-anaknya. Seorang nenek tua yang tinggal sendirian, uzur untuk ke mana-mana, namun hatinya dan imannya sangat gagah sehingga tidak pernah tewas dengan keenakan tidur malam, Malah, malam-malamnya diisi denagn bangun tahajjud sehingga fajar menyinsing. Aku masih tidak sehebat itu. Hari-harinya diisi dengan berpuasa, manakala aku sebagai orang muda yang masih kuat menahan lapar ini, boleh dibilang dengan jari berpuasa sunat.


Semasa muda memang seronok
Makan dan minum selalu enak
hati riang tidur pun nyenyak
sampai lupa ibadat yang banyak

Masa tua jarang diingat
Nak beribadat dah tak larat
duduk termenung hidup merempat
makan dan minum rasa pun kelat


waktu muda usah terleka
memang asyik dan mempesona
ingatla masa tua tidak lama
sekelip mata usia tua menjengah tiba

pada Tuhan bersyukurlah selalu
ni'mat muda diisi dengan ilmu
ibadatlah tanpa jemu
sebagai bekal hari tuamu


No comments: