Thursday, December 22, 2011

Alhamdulillah..debaran menanti result PMR telah pun dilalui...tahniah buat anak didik ustzah yang mencapai kejayaan. Terima kasih kerana memberikan kegembiraan kepada ibu bapa, dan juga guru-guru yang telah berhempas pulas mengajar kalian. Jangan lupa untuk mengucapkan hamdalah dengan sebanyak-banyaknya kerana memberikan ni'mat kejayaan yang besar ini. Sujudlah sebagai tanda kesyukuran dengan perasaan penuh ikhlas dan redha.

Redha dengan kejayaan dan redha dengan kegagalan. Ujian Allah bagi yang berjaya, adakah Allah masih diingati di sebalik kejayaannya? Adakah mereka mengingati asal kejayaan itu?
Bagi yang gagal.Ujiannya , adakah mereka mampu bersabar di kala insan lain bergembira dengan kejayaan? Adakah mereka redha dengan ketentuan yang diberikan?

Allah itu Maha Adil. Dia memberikan kejayaan tanpa menilai iman seseorang. Kalaulah Allah hanya memberikan kejayaan kepada yang imannya tinggi sahaja, maka ramai lah manusia yang dalam kesesatan dan kebodohan. Sedang manusia,jika kita amati sekarang pun, masih lagi mengingkari suruhan Allah walaupun akalnya bagus, bijak dan pandai..

Maka, akal dan iman tidak berkaitan, tetapi saling memerlukan. Akal yang pandai harus dibimbing oleh iman agar kepandaiannya digunakan untuk mensyukuri kepandaiannya dengan cara beribadah dan mengamalkan suruhan serta meninggalkan larangannya. ..

No comments: