Tuesday, December 11, 2012

nikmat dihargai dan menghargai...erti syukur


 
"mi...nak sayang sikit" hanin menyapaku yang sedang asyik mengemas rumah. lalu dia mencium pipiku. jarang dia begitu pada abinya. Kadang-kadang naik cemburu juga abinya tu. 
Dia memang selalu begitu. lebih-lebih lagi bila dia mendapat sesuatu yang dia suka. Hari itu aku mengesyorkan abinya untuk membelikannya permainan baru. itu yang buat rasa gembira. Memang kadang rasa membazir bila melihat mainan yang baru dibeli hancur dilanyak anak lelakiku yang lasak itu. namun, entah kenapa setiap kali melihat wajah anak-anakku itu, tak sanggup rasanya nak menghampakan hati mereka. jarang mereka meminta-minta nak itu atau nak ini,tapi aura seorang anak, detik hatinya si ibu akan terasa.

itu antara sifat anakku. pandai menghargai. apabila rasa dirinya disayangi, dia mudah membalasnya. aku secara jujurnya kadang kala mempelajari sikapnya. Pada firasatku, kita yang dewasa sebenanrya perlu banyak melihat sikap anak-ank kecil ini, kerana sikap mereka belum dicalari dosa lagi. antara sikap anaku ini lah:  mudah menghargai sesuatu pemberian atau kebaikan orang lain. mudah berterima kasih dengan setiap apa yang diterima. Allah berfirman:

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

begitulah betapa Allah amat mementingkan rasa berterima kasih. Hatta dalam satu hadis yang mafhumnya mengatakan bahawa antara sebab wanita dilihat oleh nabi sebagai makhluk paling ramai di neraka adalah kerana sikap mereka yang mudah melupakan kebaikan. Wallahu a'lam...selamat bersyukur...^_^

Wednesday, November 28, 2012

edisi mandi manda

kalau bawak anak-anak beriadah macam ni, mmg mak ayahnye yang terlebih gembira...heeee
ni kat bukit merah..aula baru berumur setahun 9 bulan...
yang ni plak kat tambun..masa ni aula dah  2 tahun lebih .masa ni program famili day anjuran jabatan suami di politeknik
yang ni plak gambar sewaktu bercuti di melaka, hari keluarga belah saya. baru je balik dari tambun terus gi melaka...dasyat....
ummi tak dapat nak main air sekali sebab masa ni furqan baru umur 6 bulan lebih...so tukang tengok dan tukang tangkap gambar je la...
baru pas bangun tido..belum ade mood main air lagi ni...

Tuesday, November 27, 2012

majlis Khatam Alquran 2012

bismillahirrahmanirrahim...

masih terasa baru je berlalu Ramadhan ,tahun ini seperti biasa majlis dikelola pelajar Tingkatan 4 dan 6 Rendah, pelapis BADAR untuk tahun hadapan,,,walaupun pentas sama setiap tahun, hiasan pentas pun hampir sama setiap tahun, tapi harapan semoga pengurusan tahun hadapan lebih baik dari tahun tahun sebelumnya..amin....
pelajar-pelajar Tingkatan 4
Qariah sedang testing-testing sebelum majlis bermula
alhamdulillah..semoga Allah memberkati kita semua...

mari beristighfar...

salam semua..
hari yang penuh rahmat ini Insya Allah..marilah sama-sama kita hiasi dengan beristighfar kepadaNya. Saban hari kita akan melakukan dosa, sama ada sedar atau tidak..tapi banyak mana kita memohon ampun dariNya..mari refleksi diri kita..semoga kita berada di kalangan hambaNya yang suka bertaubat dan beristighfar..zikir terapi diri..^_^..credit to hafiz hamidun

Wednesday, November 21, 2012

Save GAZA!

alhamdulillah..hari ini pemimpin zionis telah mengumumkan gencatan sejata terhadap bumi Gaza selepas serangan 6 hari berturut2. kemenangan ini bukanlah kemenagangn selamanya memandangkan kita sedia maklum feel orang zionis ini bukanlah akan tenang dengan kekalahan yang mereka rasai. selepas ini pasti akan ada agenda lain yang bakal mereka rancang kerana impian mereka menduduki Palestin sepenuhnya masih belum tercapai. ucapan syukur kepada Allah kerana pemimpin Mesir kali ini sanggup menjadi orang tengah dalam perbincangan antara 2 pihak ini. malah jaminan keselamatan juga diberikan .Alhamdulillah..semoga akan ada sinar kemenenagan buat Palestin..buat kita penduduk malaysia, perlulah ada sense persaudaraan Seagama. bukan semata-semata saudara kita hanya Satu Malaysia. Berjuanglah dalam membantu mereka sedaya mana kita mampu.bagi yang berduit dan berharta, infaqlah dan bersedekahlah di saluran yang betul untuk mereka. bagi yang ada keberanian dan kekuatan, bantulah mereka dengan tenaga di sana. beanyakkanlah berdoa dan membaca qunut nazilah, semoga Allah membantu mereka. Boikotlah barangan Israel yang menyumbang kepada dana zionis untuk menyerang saudara kita. tingkatkan kesedaran kita dengan membaca artikel2 tentang penjajahan israel di tanah Palestin. ini bukan cerita setahun dua yang lalu, bahkan berpuluh2 tahun dahulu.

Monday, November 19, 2012

mari amalkan- buat guru

salam semua..
di sini saya kongsikan tips yang saya jumpa di facebook. kredit buat nurhidayah Jaafar..barakallahu lak...

Tuesday, November 13, 2012

rindu mengajar...

salam semua...
ni gambar hari guru 2011...tetiba rasa rindu nak mengajar. almaklumlah esok genap 2 bulan bercuti...rindu nak mengajar, kalaulah kerja guru hanya mengajar dan mendidik..erm...

 

Tuesday, October 23, 2012

Insya'



assalamuaaikum semua..hari ni mari kita belajar membina karangan dalam bahasa arab..bunyinya nampak sukar..tapi sebenanrnya mudah saja, yang penting kita tahu membuat ayat dengan betul. benda ni selalu saya tekankan kepada pelajar, ..kalau nak ayat bahasa arab betul, ayat bahasa melayu kena betul.

di sini saya akan cuba kongsikan satu contoh insyak dengan 40 patah perkataan. ini adalah format PMR bahasa arab:

dalam contoh karangan di bawah, telah dibahagikan mengikut kotak untuk memudahkn para pelajar. lagi satu adalah sebagai motivasi kepada mereka yang sebenanrnya membuat insyak adalah mudah, dan sedar tak sedar dah pun cukup 40patah perkataan ...=)

(* modul gemilang bahasa arab PMR daerah Sabak Bernam 2010)
مدرستي                                  

الاءسلامية
الدينية 
المعهد  
مدرستي
اسم   
تقع   
دوراني 
حاج   
سوعاي
الثانوية 
سلاعور 
كوالا   
  لاما    
جالن 
في   
المعلمين
غرفة   
توجد  
مدرستي
في   
وحول
العلوم   
ومختبر 
ومصلى
ومطعم
كثير
وفيها
الحديقة 
توجد 
مدرستي
خلفها
واما
الجميلة 
والزهور
الاشجار
المدرسة
وفي
الواسعة 
النخيل 
مزارع
مدرستي
أحب
العربية 
اللغة 
ادرس

 




Saturday, October 20, 2012

renungan sejenak...

 
Bukanlah kita diciptakan oleh Allah untuk merasa diri ketuanan, bahkan Allah menciptakan kita supaya merasa diri sebagai hamba. Hamba yang hidupnya untuk bekerja. Bukan hanya bekerja untuk dunia, malah untuk akhirat. Bekerja bukan untuk majikan, bahkan untuk Yang Menjadikan.

Sedarkah manusia bahawa setiap nafas yang diberi, setiap nikmat yang dipinjami adalah merupakan modal yang Allah berikan untuk kita laburkan dalam pekerjaan? Dan di akhirat nanti kita akan tahu siapa yang sebenarnya menerima keuntungan hasil pekerjaannya didunia, dan mengetahui siapa dia yang rugi. Walaupun dengan mata kasarnya kita melihat hidupnya penuh dengan keuntungan dan kemewahan, tapi adakah pasti keuntungan itulah hasil yang Allah inginkan ? ataupun dengan mata kasarnya kita melihat seseorang hidup dengan kesederhanaan, kepayahan malah kefakiran, tapi adakah dia sebenarnya fakir di sisi Tuhan? Hanya mata yang celik dengan hati yang hidup dapat menilainya.

Mata yang celik belum tentu pandangannya terbuka.Mata yang pejam, belum pasti hatinya kelam. Kalaupun matanya terbuka, pandangannya ada, belum tentu hatinya hidup. Kadang kala mata yang terbuka, pandangannya salah dalam melihat sesuatu, malah hatinya mati dari menilai kebaikan dan keburukan sesuatu. Amat rugi bagi mereka yang Allah kurniakan akal yang cerdik pandai, mata yang tajam dengan pandangan yang jelas, namun hatinya terhijab dari membezakan antara yang betul dan salah.ayuh..fikir-fikirkanlah!!!

bagi yang nak exam...

salam ukhuwah fillah...=)
hari ni godek-godek laptop terjumpa doa ni...doa minta Allah mempermudahkan menghafal pelajaran..sesuai untuk student2 yang banyak menggunakan otak untuk menghafal. kadang-kadang, memang dah hafal,,tapi bila dah ada soalan depan mata tiba-tiba blank @ tak ingat langsung bnda yang dihafal. ada jugak pengalaman macam ni...masa study dulu..lagi la bila amik course bahasa arab ni, menghafal mmg tak boleh dipisah dengan kami,ada tu..ingat ayat berjela-jela tapi tertinggal satu 2 perkataan kat tengah2..jenuh mengingat tak datang2.

erm..mungkin ada satu lagi doa yang asaya nak kongsikan bersama. doa ni saya memang guna sejak saya sekolah..doa yang ayah saya bagi..sebelum tu, citer bab doa ayah bagi ni,,nak kata doa mak ayah mmg mustajab, sampai saya dah beranak pinak ni, memang saya masih gunakan doa yang ayah bagi, doa masa mengandung..even doa ni sebenarnya saya je guna (antara adik beradik yang lain). abang saya sndiri pernah tanya apa yang saya baca @ doa masa mengandungkan anak saya, mgkin dia tgk anak saya berbeza dgn anak buah dia yang lain (tak taula sbb apa..)..rahsianya adalah  doa ayah.

jadi moralnya, pada yang dapat doa apa2 dari mak ayah tu..praktikkanla...ia memang mustajab..walaupun hanya baca al-fatihah tiap kali nak jawab exam..pasti ada hasilnya nanti.
oklah...berbalik pada doa yang ayah saya bagi masa saya sekolah dulu, doa ni kena baca tiap kali ulangkaji (sebelum / selepas) n masa nak jawab soalan exam..insya Allah..Allah akan permudahkan semua n Allah akan bagi kita ingat semua yang kita hafal.doanya adalah:

اللهَم اِسْتَودَعتُكَ ما قَرأتُه ُعند حاجاتي 
maksudnya lebih kurang minta Allah datangkan kembali apa yang kita baca ketika kita perlukan....
oklah..selamat beramal...wallahu a'lam...=)

hamdalah...

alhamdulillah..kita masih diberi nafas lagi oleh Allah SWT untuk meneruskan hidup hari ni..ape khabar pembaca semua?semoga permulaan hari ini kita gunakan dengan menyebut nama Allah,,memujiNya atas ni'mat yang diberi.

satu perongsian hari ni..''bersyukurlah dengan apa yang kita ada, walaupun bagi kita ia sedikit..kerana Allah pasti akan menambah ni'matnya buat kita nanti..''amin Ya Allah...=) semoga Allah menjadikan kita antara hambaNya yang bersyukur..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

ahli baru kami...

salam ukhuwwah..lama betul tak update blog ni.alhamdulillah,,,keluarga kami dapat sorang ahli baru 14 september lalu..ahmad 'asim zikri nama yang kami pilih..sempena nama sahabat nabi SAW. mengisi masa pantang bersamanya tidak terlalu sukar,,alhamdulillah ,,smg mudahnya yang saya rasa masa mengandungkannya sehingga melahirkannya akan berterusan sehingga membesarkannya nanti,,amin ya Allah..

meriahnya tengok gambar ni kan...insya allah..moga anak-anka ummi akan jadi anak yang soleh dan solehah..sayang kamu semua...=)

Friday, June 22, 2012

antara hati dan akal..


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..

(perkongsian daripada sumber lain )

Nadwah 2012

mujahidah nadwah 2012 dari negeri selangor..=)
mujahid nadwah ..muka start cuak ..hihi
semua ceria sebab nak balik dah..hilang stress
Lama dah terperap kenangan ni, baru sekarang rasa nak kongsikan bersama. Menjadi guru pengiring kepada 10 orang pelajar yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi pemimpin, merupakan suatu pengalaman manis dan berharga. Belum tentu tahun -tahun akan datang , akan dapat peluang begini lagi. Janganlah terlalu takut dengan perkataan 'pemimpin'..kerana kita semua sememangnya dijadikan oleh Allah untuk memimpin. Kalau pun bukan untuk memimpin sesuatu organisasi, cukuplah sebagai pemimpin diri sendiri ( itupun sebelum kalian berumahtangga)...=) sebab bila dah berkahwin nanti, memang kalian adalah pemimpin, tak kira sebagai suami ataupun isteri...

Banyak perkara yang ustazah dapat daripada program ni, walaupun program ini untuk para pelajar.,tapi ustazah dapat menghayati semangat muda ijtihad para pelajar yang datang dari pelbagai sekolah. ustazah dapat lihat perbezaan yang ketara apabila membuat perbandingan antara SMKA yang  berada di negeri Selangor dan negeri lain, terutamanya Kedah, dan Kelantan. Tarbiyyah yang ada di sekolah masing-masing mungkin berbeza. Rasa kerdil apabila melihat para pelajar mampu mengeluarkan hujah dan pandangan yang bernas. Semoga apa yang ditonjolkan bukan lakonan untuk meraih anugerah semata-mata. 

Ustazah yakin , Allah memilih kalian untuk memberi kalian sesuatu yang berharga. Semoga setiap ilmu yang diperoleh, akan menjadi pendorong buat kalian seterusnya menjadikan ia sebagai  'penjaga' diri kalian daripada melakukan maksiat kepadaNya. Sememangnya manusia tidak pernah tahu apa yang akan Allah tentukan baginya pada masa akan datang, sebab itulah setiap apa yang dialui oleh kalian sekarang, terimalah dengan baik dan hargailah dengan jalan yang diredhaiNya. 

Satu perkara yang ustazah suka nak kongsikan adalah peranan berdakwah. ..walaupun kita hanya bernilai 50 sen di mata manusia lain, tapi hanya Allah yang tahu nilai sebenar kita di sisiNya. Mungkin kita merasakan kita tidak sehebat mana untuk berdakwah, tetapi kita sebenanrnya sudah layak untuk ke arah itu kerana kita semua adalah sebaik-baik umat nabi Muhammad SAW apabila kita mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah orang lain daripada kemungkaran..wallahu A'lam...

masa itu meninggalkan kita

assalamualaikum..

lama benar rasenye tak menjenguk sesawang yang hampir bersawang ni...hihi..alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kekuatan agr terus meneruskan mencoret sesuatu yang berharga, dengan harapan semoga ia memberi manfaat buat sesiapa yg sudi membacanya.

masa berlalu dengan pantas sekali...sedang kita selalu lupa yang masa sebenanrnya sedang cuba meninggalkan kita. bagi yang tak sedar, mereka kan ketinggalan. begitu juga bagi diri yang menaip ini.terasa kerja dan amanah itu lebih banyak daripada masa yang ada..kadang kal rasa tak cukup 24 jam. tapi kita sebagai manusia seharusnya kena pandai mencuri masa...hanya orang yang mengetahui harga masa yang akan menghargai masa.

umur yang semakin meningkat sebenanrnya semakin hari semakin menghampiri hari kematian yang semua manusia tidak tahu. hati kadang kala akan tersedar apabila terdengar berita kematian seseorang kenalan..tidak lama selepas itu, hati kembali alpa. begitulah fitrah manusia , sehinggalah waktunya tiba. sejauh mana bekalan yang dikumpul itu baik dan mencukupi? hanya mereka yang muhasabah diri dan sedar akan merubah kehidupannya...

semoga kesedaran yang timbul akan berpanjangan dan sentiasa menyedarkan kita tiap kali kita leka..wallahu A'lam...

Saturday, March 3, 2012

ibadah itu syumul..

bismillah...lama benar rasanye tidak mencoret di blog ni.terasa begitu pantas masa berlalu, antara sedar atau tidak kita dah masuk bulan ketiga Mac.1/ 4 tahun ...Allah..dalam kesibukan bekerja, agaknya ada tak yang antaranya Allah terima sebagai ibadah?

ramai muslm yang tahu bekerja adalah ibadah..tapi masih ramai yang belum SEDAR bekerja itu adalah ibadah.tahu dan sedar adalah 2 perkara yang lain sama sekali. tahu tapi tak menghayati dan tidak mempraktikkan sama je dengan tidak tahu.

menggenggam sijil kecemerlangan bukan tujuan utama kita belajar..
bekerja atau belajar pun begitu juga...belajar itu ibadah..tapi sekadar tahu tapi tak menghayati belajar yg bagaimana dikira ibadah itu tidak memberi makna apa-apa..wallahu a'lam...

Monday, February 6, 2012

hari ini diberi kesempatan untuk mempengerusikan majlis ceramah maulidul rasul di kampung..(khas untuk muslimat sahaja). satu pengajaran yang saya perolehi, ilmu Allah itu perlu digali dan dicari. walau pun kita ummat Islam selalu mendengar tazkirah dan ceramah, tetapi yang menjadi kepelikan adalah berapa ramai yang bila balik, mereka akan menggunakan ilmu yang diperolehi?? tak usah pergi jauh, tengok pada diri sendiri.. Nabi Muhammad sememangnya insan yang berjiwa besar. membawa da'wah  kepada ummatnya bukan satu usaha yang mudah.ia memerlukan pengorbanan yg besar .. apalah sangat nak dibandingkan dengan pengorbanan kita sekarang..wahai nabi..aku ini umatmu...adakah aku kau anggap ummatmu?....T.T

Saturday, January 14, 2012

 


inilah permata hati saya yang pertama..Aula Insyiroh namanye.mul2 memeberi nama anak memang pengalaman manis. sebab nama ini yang akan mencorakkan dirinya nanti. apa yang ada di sebalik nama ni? aula memberi maksud yang paling utama. insyiroh pula...ketenangan @ kelapangan jiwa. cantuman kedua2 perkataan ini adalah ketenangan @ kelapangan jiwa yang paling utama. nama ini dipilih kerana sewaktu mengandungkan ank ini dahulu, saya dan suami duduk berjauhan kerana posting di sekolah yang jauh dari suami. jadi dalam masa 9 bulan ni, banyak kali naik turun kpm,bpi dan jpn mintak tukar sekolah yang dekat dgn suami..alhamdulillah...beberapa bulan lahirnya anak ini, saya dapat berpindah ke sekolah di tempat kelahiran saya. sebenanrnya nama in dipilih semoga ia membawa seribu ketenanag dan kelapangan jiwa buat kami sekeluarga...
yang ni plak..anak ke 2..diberi nama ahmad saif furqan.sebenanrnya saya dan suami bercadang meletakkan nama surah al Quran pada hujung bama setiap nama anak kami.anak pertama surah insyiroh dan anak kedua..furqan. nama ahmad saif furqan dipilih dengan harapan semoga anak ini menjadi pejuang dan generasi alQuran yang hafiz...

anak ketiga bakal menyusul...^_^

Wednesday, January 11, 2012

maka...bermulalah sesi persekolahan 2012. setiap tahun baru menjelma, pasti ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Menjadi guru sangat seronok kerana saya suka mengajar.kalau lah ada sekolah yang gurunya hanya mengajar sahaja ..alangkah bagusnya. Jadi ,guru dapat mengajar sepenuh hati..bersedia sepenuhnya dengan BBM yang baru setiap pengajarannya...