Saturday, March 12, 2011

3 lawan 1



Setiap hari kita pasti akan menghadapi 3 vs 1 ini. 3 itu bukan seperti 3R dan 1 itu bukan seperti 1 Malaysia..bahkan 3 dan 1 itu lebih besar peranannya kepada setiap manusia. Kalau 3 itu tiada, kita akan selamat…tapi sebaliknya jika 1 itu tiada dalam diri kita, maka ibarat langit akan gugur ke bumi..petaka dalam hidup akan menimpa.
3 perkara ini fitrahnya berlawanan dengan yang 1. 3 itu tugasnya menghasut manusia melakukan dosa dan maksiat, manakala yang 1 itu berusaha menangkis godaan dan hasutan 3 perkara tersebut. Barisan 3 perkara itu adalah nafsu, syaitan dan persekitaran(yang merangkumi kawan, orang sekeliling , etc) manakala yang 1 itulah IMAN kita. Tanpa iman, manusia akan hilang pedoman..tanpa iman, hilanglah kewarasan.
Secara logiknya, 3 lawan 1, kebarangkalian untuk 1 menang amat kecil,,,tapi berbeza dengan iman. Hatta 1000 vs 1 pun, kalau yang 1 itu kuat, gagah, mantap dan padu..pasti 1000 itu ibarat 0 sahaja. Begitulah iman kita, perlulah digagahkan setiap hari, dengan senaman qiyamullail dan solat, dengan mengambil suplimen ibadat sunat seperti zikrullah dan selawat, agar ia mampu menjadi benteng yang kukuh dari semua godaan untuk melakukan dosa.
Jadi,ayuh ..bukan sahaja kesihatan badan sahaja yang penting,malah kesihatan dalaman (iman) juga amat-amat penting....(diinspirasikan dari Prof Muhaya-Dari mata ke hati)

Wednesday, March 9, 2011

Tunangmu sedang menunggu...



Buat anak-anak remaja yang sedang berbunga hatinya dengan cinta..meh baca dan renungi kata-kata ustazah sebentar…
Tidak dinafikan menjadi remaja memang manis..kalau tidak, masakan ada istilah sweet 13, sweet 15 dan sweet 17? Semuanya manis bukan? Tapi usahlah terleka dengan kemanisan umur itu, kerana dengan usia itulah kita akan ditanya di akhirat kelak.
Semua orang pernah merasa muda remaja..ada yang menggelarnya zaman suka-suka..zaman enjoy-enjoy ,sebelum masuk ke alam dewasa. Alam ini juga selalu mengaitkan remaja dengan cinta.virus hati yang kadang kala membawa penyakit yang tenat buat mereka.melainkan dengan perlindungan ubat antibiotic IMAN melawan virus ini, barulah seseorang remaja terselamat dari jangkitan virus tersebut. Bercinta di alam ini tidak salah, Cuma cara bercinta dan dengan siapa kita bercinta yang menentukan cinta tu betul atau salah.
Kita sebenarnya telah bertunang sejak dalam perut ibu. Tidak percaya? Bukankah kita percaya bahawa jodoh, rezeki dan maut kita telah Allah tentukan sejak ditiupkan roh dalm usia kandungan ibu kite 4 bulan? Nah,,,itu maksudnya,,sejak detik itu kita sebenarnya dah ada TUNANG. Cuma siapa & bagaimana kita berjumpanya yang belum diketahui sehinggalah sampai masanya. Kalaulah semua orang sedar tentang ini, pasti mereka tidak akan suka-suka menyintai orang..tidak akan senang-senang menerima cinta orang..dan lebih dari itu, tidak akan mudah menyerahkan jiwa dan dara atau ‘terunanya’ pada orang lain yang belum tentu dia jodohnya.
Jadi, agak-agak tunang anda sedih tak bila dia tahu kamu bercinta dengan orang lain? Agak-agak kamu sendiri, sedih tak bila tahu tunang kamu bercinta dengan yang lain? Erm…peliklah kalau semua jawapan pada soalan ustazah tadi ‘tidak’. Dan kalau jawapannya tidak, memanglah..memang dunia nak kiamat!

iman kita muda atau tua?


Menempuh hari-hari dalam kehidupan banyak cabarannya. Saban hari kita pasti ditemukan dengan ujian yang baru.kadang kala, belum habis ujian yang diterima, tiba pula ujian yang lain. Hanya insan yang mempunyai ketabahan hati dan keutuhan iman sahaja yang mampu menghadapinya dengan tenang dan reda.
Pernah satu ketika, apabila dihinggapi rasa tidak puas hati dengan sesuatu perkara, dengan mudah hati akan melatah memaki hamun takdir yang menimpa, tanpa menyedari bahawa takdir yang dipersalahkan adalah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebaliknya hati yang dibungai dengan iman dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar, fikirannya tenang dan sentiasa positif dengan musibah yang berlaku. Alangkah beruntungnya menjadi insane yang sebegitu. Hatinya serap tekanan. Hati yang sebegitu sebenarnya adalah hati yang selalu mengingati Tuhannya..
"ألا بذكر الله تطمئن القلوب"
Pernah tak kita terfikir, kenapa setiap hari,celik je dari tidur, kita akn menghadapi perkara yang berbeza, walaupun pada dasarnya kita buat perkara yang sama setiap hari? Sebagai contoh, kita bangun pagi. Mustahil kita akan bangun pada waktu jam dan minit yang sama setiap hari. Mungkin kita bangun pada pukul 6 setiap hari, tapi pada minit yang berbeza. Begitu juga dengan perkara lain, kita mandi, gosok gigi,bersarapan, semua perkara yang dilakukan akan berlaku tapi suasana yang pasti berbeza.
Begitulah halnya dengan kehidupan yang kita lalui setiap hari. Pelbagai pengalaman dan ujian baru yang kita tempuhi. Semuanya hanyalah bertujuan untuk menilai tahap keimanan masing-masing. Iman manusia ada naik turunnya.Tidak perlu melihat pada hal yang besar-besar, kadang kala perkara kecil pun sekiranya kita melihat dengan mata hati, kita akan menyedari bahawa iman kita pada hari itu bertambah ataupun berkurang. Adakah kita cepat marah? Ataupun tidak jujur? Mahupun tidak ikhlas dengan Sesuatu perkara….sukar untuk meletakkan iman kita di tahap yang lebih baik, melainkan dengan selalu membuat muhasabah dan penilaian pada diri sendiri.

renungan sejenak...

Bukanlah kita diciptakan oleh Allah untuk merasa diri ketuanan, bahkan Allah menciptakan kita supaya merasa diri sebagai hamba. Hamba yang hidupnya untuk bekerja. Bukan hanya bekerja untuk dunia, malah untuk akhirat. Bekerja bukan untuk majikan, bahkan untuk Yang Menjadikan.
Sedarkah manusia bahawa setiap nafas yang diberi, setiap nikmat yang dipinjami adalah merupakan modal yang Allah berikan untuk kita laburkan dalam pekerjaan? Dan di akhirat nanti kita akan tahu siapa yang sebenarnya menerima keuntungan hasil pekerjaannya didunia, dan mengetahui siapa dia yang rugi. Walaupun dengan mata kasarnya kita melihat hidupnya penuh dengan keuntungan dan kemewahan, tapi adakah pasti keuntungan itulah hasil yang Allah inginkan ? ataupun dengan mata kasarnya kita melihat seseorang hidup dengan kesederhanaan, kepayahan malah kefakiran, tapi adakah dia sebenarnya fakir di sisi Tuhan? Hanya mata yang celik dengan hati yang hidup dapat menilainya.
Mata yang celik belum tentu pandangannya terbuka.Mata yang pejam, belum pasti hatinya kelam. Kalaupun matanya terbuka, pandangannya ada, belum tentu hatinya hidup. Kadang kala mata yang terbuka, pandangannya salah dalam melihat sesuatu, malah hatinya mati dari menilai kebaikan dan keburukan sesuatu. Amat rugi bagi mereka yang Allah kurniakan akal yang cerdik pandai, mata yang tajam dengan pandangan yang jelas, namun hatinya terhijab dari membezakan antara yang betul dan salah.ayuh..fikir-fikirkanlah!!!