Wednesday, March 9, 2011

iman kita muda atau tua?


Menempuh hari-hari dalam kehidupan banyak cabarannya. Saban hari kita pasti ditemukan dengan ujian yang baru.kadang kala, belum habis ujian yang diterima, tiba pula ujian yang lain. Hanya insan yang mempunyai ketabahan hati dan keutuhan iman sahaja yang mampu menghadapinya dengan tenang dan reda.
Pernah satu ketika, apabila dihinggapi rasa tidak puas hati dengan sesuatu perkara, dengan mudah hati akan melatah memaki hamun takdir yang menimpa, tanpa menyedari bahawa takdir yang dipersalahkan adalah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebaliknya hati yang dibungai dengan iman dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar, fikirannya tenang dan sentiasa positif dengan musibah yang berlaku. Alangkah beruntungnya menjadi insane yang sebegitu. Hatinya serap tekanan. Hati yang sebegitu sebenarnya adalah hati yang selalu mengingati Tuhannya..
"ألا بذكر الله تطمئن القلوب"
Pernah tak kita terfikir, kenapa setiap hari,celik je dari tidur, kita akn menghadapi perkara yang berbeza, walaupun pada dasarnya kita buat perkara yang sama setiap hari? Sebagai contoh, kita bangun pagi. Mustahil kita akan bangun pada waktu jam dan minit yang sama setiap hari. Mungkin kita bangun pada pukul 6 setiap hari, tapi pada minit yang berbeza. Begitu juga dengan perkara lain, kita mandi, gosok gigi,bersarapan, semua perkara yang dilakukan akan berlaku tapi suasana yang pasti berbeza.
Begitulah halnya dengan kehidupan yang kita lalui setiap hari. Pelbagai pengalaman dan ujian baru yang kita tempuhi. Semuanya hanyalah bertujuan untuk menilai tahap keimanan masing-masing. Iman manusia ada naik turunnya.Tidak perlu melihat pada hal yang besar-besar, kadang kala perkara kecil pun sekiranya kita melihat dengan mata hati, kita akan menyedari bahawa iman kita pada hari itu bertambah ataupun berkurang. Adakah kita cepat marah? Ataupun tidak jujur? Mahupun tidak ikhlas dengan Sesuatu perkara….sukar untuk meletakkan iman kita di tahap yang lebih baik, melainkan dengan selalu membuat muhasabah dan penilaian pada diri sendiri.

No comments: