Saturday, March 12, 2011

3 lawan 1



Setiap hari kita pasti akan menghadapi 3 vs 1 ini. 3 itu bukan seperti 3R dan 1 itu bukan seperti 1 Malaysia..bahkan 3 dan 1 itu lebih besar peranannya kepada setiap manusia. Kalau 3 itu tiada, kita akan selamat…tapi sebaliknya jika 1 itu tiada dalam diri kita, maka ibarat langit akan gugur ke bumi..petaka dalam hidup akan menimpa.
3 perkara ini fitrahnya berlawanan dengan yang 1. 3 itu tugasnya menghasut manusia melakukan dosa dan maksiat, manakala yang 1 itu berusaha menangkis godaan dan hasutan 3 perkara tersebut. Barisan 3 perkara itu adalah nafsu, syaitan dan persekitaran(yang merangkumi kawan, orang sekeliling , etc) manakala yang 1 itulah IMAN kita. Tanpa iman, manusia akan hilang pedoman..tanpa iman, hilanglah kewarasan.
Secara logiknya, 3 lawan 1, kebarangkalian untuk 1 menang amat kecil,,,tapi berbeza dengan iman. Hatta 1000 vs 1 pun, kalau yang 1 itu kuat, gagah, mantap dan padu..pasti 1000 itu ibarat 0 sahaja. Begitulah iman kita, perlulah digagahkan setiap hari, dengan senaman qiyamullail dan solat, dengan mengambil suplimen ibadat sunat seperti zikrullah dan selawat, agar ia mampu menjadi benteng yang kukuh dari semua godaan untuk melakukan dosa.
Jadi,ayuh ..bukan sahaja kesihatan badan sahaja yang penting,malah kesihatan dalaman (iman) juga amat-amat penting....(diinspirasikan dari Prof Muhaya-Dari mata ke hati)

2 comments:

Husna As Saedah :) said...

salam ziarah ustazah~~
nice entry inspired from prof. dr. Muhaya kan..
bes2x..

~Lestari Iman~ said...

yup husna..mg diambil iktibar..:)