Tuesday, April 30, 2013

jom jadi pohon hijau itu...



"menjadi pohon yang rimbun belum cukup jika tanpa buah"

satu pepatah arab yang cukup memberi kesan bagi yang membacanya. kebanyakan kita mampu menjadi tempat teduhan orang lain, yang memberi redup pada yang menumpang di bawah kita, tapi ia sebenarnya masih belum cukup jika kita tak memberikan apa-apa hasil atau faedah yang nampak kepadanya.

ironiya boleh kita amati apa yang berlaku kepada kisah ini:

petang itu aku berjalan kaki seorang diri ke perpustakaan. masa prep dalam kelas cukup tidak menyelesakan aku nak menghafal formula -formula fizik dan membuat nota iqtibas yang diajar pagi tadi. adui,,bila terfikir masa yang tinggal untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun minggu depan membuatkanku kecut perut. dah la acap kali mak dan abah menyatakan harapannya ingin melihat aku menjadi doktor yang mempunyai klinik sendiri. mahu tak mahu, sudah tanggungjawab aku belajar dengan bersungguh-sungguh.

aku tidak sendirian di perpustakaan tika itu. aku lihat 3 orang pelajar puteri sedang khusyuk menelaah di meja hujung perpustakaan. seorang adik form 1 pula ku lihat sedang mendongak-dongak mencari buku di bahagian rak buku bahasa arab. mataku ku halakan ke buku latihan yang ada di meja. baru 3 patah perkataan ku tulis, tiba-tiba seseorang menyapaku. rupa-rupanya, suara yang menyapaku itu milik pelajar tingkatan 1 tadi.
"abang, nak cari buku cerita kisah nabi kat mana ye?'soalnya.
"tak tau la dik,cuba tengok kat rak depan sana'jawabku  teragak-agak.malu juga aku, 4 tahun berada di sekolah ni, tak pernah rasanya aku membaca buku tersebut di sini. nak mencari,apatah lagi.

aku teruskan membuat latihan. adik tadi masih lagi mencari-cari.kasihan juga. biasanya akak yang jaga perpustakaan ni ada , tapi dari tadi kelibatnya aku tak nampak.mungkin ada urusan di mana-mana.kalau akak tu ada mungkin dia boleh tolong cari.

10 minit berlalu. tanpa ku sedari adik tadi rupa-rupanya masih di situ. lalu aku pun bangun berniat membantunya. lagi pula, nak menghilangkan lenguh pinggang, penat duduk. dari satu rak ke satu rak kami mencari.akhirnya, aku jumpa.barisan buku cerita tersebut tak banyak.patutla tak jumpa dari tadi.bisikku.

lalu, adik tersebut mengucapkan terima kasih setelah mengambil buku yang dicari-carinya. terpancar kegembiraan dari wajahnya. aku pun tersenyum sekali.alhamdulillah, rasa bahagia membuat orang lain bahagia.

pohon yang rendang dan rimbun itu adalah aku. manakala buah yang pohon itu beri adalah bantuan yang berhasil dan membahagiakan.
menjadi insan yang suka membantu adalah ibarat pohon yang rendang dan rimbun, menaungi orang lain yang memerlukan teduhan. alangkah baik dan indahnya, jika teduhan itu diserikan dengan buah yang mengembirakan..wallhu a'lam..
''bahagialah dengan memberi''^_^


No comments: