Kita semua sukakan hiburan. Sememangnya fitrah manusia selalu inginkan sesutu yang boleh menghilangkan kebosanan dan kesunyian. Pelbagai cara manusia lakukan untuk berhibur. Ada yang gemar menyanyi, mendengar lagu, menari, malah ada ju'ga yang gemar menonton filem tau cerita. Pendek kata, manusia memang bencikan kesepian dan kebosanan.
Pada dasarnya Islam mengharuskan
hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini
berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah
r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada
orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar
pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah
penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan?
Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai
Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya
kita.” (Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan Hadis tersebut,
nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati
diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa
antara hiburan yang dapat menghibur jiwa,
menenangkan
hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan
syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor,
keji atau
yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi
al-Islam, hal. 273).
Berhibur itu tidak salah, tapi manusia yang salah memilih hiburan, sehinggakan ada menjadikan hiburan sebagai matlamat hidup dan sebagai punca rezeki. Pilihlah hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam. Sesuatu yang harus jika diamalkan dengan maksiat, maka haram lah hukumnya.
Sebaik-baik hiburan bagi orang beriman adalah al-Quran. Mendengarnya dapat menenangkan jiwa dan mententeramkan hati. Ketenangan yang hadir tidak sementara kerana ketenangan itu akan meresapi jiwa dan akal sehingga menjadikan hidup manusia damai bersama kalimah-kalimah Allah yang Maha suci..Wallahu A'lam..^_^
No comments:
Post a Comment