Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita selepas keluarga.Tetapi ada segelintir manusia yang lebih mengutamakan sahabat daripada keluarga. Masing-masing punya pengertian tersendiri tentang sahabat. Kadang kala ia juga dipanggil teman. Maka timbullah istilah teman sejati.
Siapa dia teman sejati? Teman yang sejati bukanlah yang memuji apabila kita dipuji orang lain, Sebaliknya dia mengingatkan kita supaya tidak riak dengan pujian-pujian itu. Teman yang sejati bukan yang membenarkan setiap apa yang dilakukan, Sebaliknya dialah teman yang menidakkan sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan.
Menjadi guru banyak mengajarku tentang kehidupan seorang remaja. Adalah suatu bonus bagi seorang guru kerana dia sebenarnya boleh merasai apa yang dirasai oleh anak muridnya kerana telah pun melaluinya ketika dia remaja suatu ketika dulu.
Mencari teman yang sejati memang sukar. Seorang teman mungkin boleh belajar bersama teman sejatinya, tapi mungkin sukar untuk meluahkan apa yang dirasa kepadanya. Mempunyai teman tika senang memang mudah, tapi ketika susah, memang sukar dicari. Kadang-kala, seseorang terlalu mencari teman sehingga menenggelamkan jati dirinya.Saya pernah terbaca kata-kata seorang motivator, katanya seseorang yang terlalu ingin berteman atau memerlukan kawan untuk membuat sesuatu sebenarnya kurang berkeyakinan dengan dirinya. Betul bukan?
Perjuangan memang memerlukan teman dan sahabat. Tidak cukup satu, tapi dua, tiga, sepuluh dan berjemaah. Berjemaah lah untuk menjadikan umat Islam kuat dan hebat..
No comments:
Post a Comment