Tuesday, December 11, 2012

nikmat dihargai dan menghargai...erti syukur


 
"mi...nak sayang sikit" hanin menyapaku yang sedang asyik mengemas rumah. lalu dia mencium pipiku. jarang dia begitu pada abinya. Kadang-kadang naik cemburu juga abinya tu. 
Dia memang selalu begitu. lebih-lebih lagi bila dia mendapat sesuatu yang dia suka. Hari itu aku mengesyorkan abinya untuk membelikannya permainan baru. itu yang buat rasa gembira. Memang kadang rasa membazir bila melihat mainan yang baru dibeli hancur dilanyak anak lelakiku yang lasak itu. namun, entah kenapa setiap kali melihat wajah anak-anakku itu, tak sanggup rasanya nak menghampakan hati mereka. jarang mereka meminta-minta nak itu atau nak ini,tapi aura seorang anak, detik hatinya si ibu akan terasa.

itu antara sifat anakku. pandai menghargai. apabila rasa dirinya disayangi, dia mudah membalasnya. aku secara jujurnya kadang kala mempelajari sikapnya. Pada firasatku, kita yang dewasa sebenanrya perlu banyak melihat sikap anak-ank kecil ini, kerana sikap mereka belum dicalari dosa lagi. antara sikap anaku ini lah:  mudah menghargai sesuatu pemberian atau kebaikan orang lain. mudah berterima kasih dengan setiap apa yang diterima. Allah berfirman:

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

begitulah betapa Allah amat mementingkan rasa berterima kasih. Hatta dalam satu hadis yang mafhumnya mengatakan bahawa antara sebab wanita dilihat oleh nabi sebagai makhluk paling ramai di neraka adalah kerana sikap mereka yang mudah melupakan kebaikan. Wallahu a'lam...selamat bersyukur...^_^