Friday, June 22, 2012

antara hati dan akal..


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..

(perkongsian daripada sumber lain )

Nadwah 2012

mujahidah nadwah 2012 dari negeri selangor..=)
mujahid nadwah ..muka start cuak ..hihi
semua ceria sebab nak balik dah..hilang stress
Lama dah terperap kenangan ni, baru sekarang rasa nak kongsikan bersama. Menjadi guru pengiring kepada 10 orang pelajar yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi pemimpin, merupakan suatu pengalaman manis dan berharga. Belum tentu tahun -tahun akan datang , akan dapat peluang begini lagi. Janganlah terlalu takut dengan perkataan 'pemimpin'..kerana kita semua sememangnya dijadikan oleh Allah untuk memimpin. Kalau pun bukan untuk memimpin sesuatu organisasi, cukuplah sebagai pemimpin diri sendiri ( itupun sebelum kalian berumahtangga)...=) sebab bila dah berkahwin nanti, memang kalian adalah pemimpin, tak kira sebagai suami ataupun isteri...

Banyak perkara yang ustazah dapat daripada program ni, walaupun program ini untuk para pelajar.,tapi ustazah dapat menghayati semangat muda ijtihad para pelajar yang datang dari pelbagai sekolah. ustazah dapat lihat perbezaan yang ketara apabila membuat perbandingan antara SMKA yang  berada di negeri Selangor dan negeri lain, terutamanya Kedah, dan Kelantan. Tarbiyyah yang ada di sekolah masing-masing mungkin berbeza. Rasa kerdil apabila melihat para pelajar mampu mengeluarkan hujah dan pandangan yang bernas. Semoga apa yang ditonjolkan bukan lakonan untuk meraih anugerah semata-mata. 

Ustazah yakin , Allah memilih kalian untuk memberi kalian sesuatu yang berharga. Semoga setiap ilmu yang diperoleh, akan menjadi pendorong buat kalian seterusnya menjadikan ia sebagai  'penjaga' diri kalian daripada melakukan maksiat kepadaNya. Sememangnya manusia tidak pernah tahu apa yang akan Allah tentukan baginya pada masa akan datang, sebab itulah setiap apa yang dialui oleh kalian sekarang, terimalah dengan baik dan hargailah dengan jalan yang diredhaiNya. 

Satu perkara yang ustazah suka nak kongsikan adalah peranan berdakwah. ..walaupun kita hanya bernilai 50 sen di mata manusia lain, tapi hanya Allah yang tahu nilai sebenar kita di sisiNya. Mungkin kita merasakan kita tidak sehebat mana untuk berdakwah, tetapi kita sebenanrnya sudah layak untuk ke arah itu kerana kita semua adalah sebaik-baik umat nabi Muhammad SAW apabila kita mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah orang lain daripada kemungkaran..wallahu A'lam...

masa itu meninggalkan kita

assalamualaikum..

lama benar rasenye tak menjenguk sesawang yang hampir bersawang ni...hihi..alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kekuatan agr terus meneruskan mencoret sesuatu yang berharga, dengan harapan semoga ia memberi manfaat buat sesiapa yg sudi membacanya.

masa berlalu dengan pantas sekali...sedang kita selalu lupa yang masa sebenanrnya sedang cuba meninggalkan kita. bagi yang tak sedar, mereka kan ketinggalan. begitu juga bagi diri yang menaip ini.terasa kerja dan amanah itu lebih banyak daripada masa yang ada..kadang kal rasa tak cukup 24 jam. tapi kita sebagai manusia seharusnya kena pandai mencuri masa...hanya orang yang mengetahui harga masa yang akan menghargai masa.

umur yang semakin meningkat sebenanrnya semakin hari semakin menghampiri hari kematian yang semua manusia tidak tahu. hati kadang kala akan tersedar apabila terdengar berita kematian seseorang kenalan..tidak lama selepas itu, hati kembali alpa. begitulah fitrah manusia , sehinggalah waktunya tiba. sejauh mana bekalan yang dikumpul itu baik dan mencukupi? hanya mereka yang muhasabah diri dan sedar akan merubah kehidupannya...

semoga kesedaran yang timbul akan berpanjangan dan sentiasa menyedarkan kita tiap kali kita leka..wallahu A'lam...