Wednesday, December 28, 2011

Tidak salah berhibur, tapi...


Kita semua sukakan hiburan. Sememangnya fitrah manusia selalu inginkan sesutu yang boleh menghilangkan kebosanan dan kesunyian. Pelbagai cara manusia lakukan untuk berhibur. Ada yang gemar menyanyi, mendengar lagu, menari, malah ada ju'ga yang gemar menonton filem tau cerita. Pendek kata, manusia memang bencikan kesepian dan kebosanan.

Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

Berhibur itu tidak salah, tapi manusia yang salah memilih hiburan, sehinggakan ada menjadikan hiburan sebagai matlamat hidup dan sebagai punca rezeki. Pilihlah hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam. Sesuatu yang harus jika diamalkan dengan maksiat, maka haram lah hukumnya. 

Sebaik-baik hiburan bagi orang beriman adalah al-Quran. Mendengarnya dapat menenangkan jiwa dan mententeramkan hati. Ketenangan yang hadir tidak sementara kerana ketenangan itu akan meresapi jiwa dan akal sehingga menjadikan hidup manusia damai bersama kalimah-kalimah Allah yang Maha suci..Wallahu A'lam..^_^

Sunday, December 25, 2011

CARA NABI MENGELAK DARI PENYAKIT

Maksud firman Allah: “ Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”

                                                                                     (Al-A'raaf:179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan ialah perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai).

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

 
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN   
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

(Petikan dari buku : Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit -Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)


Thursday, December 22, 2011

Alhamdulillah..debaran menanti result PMR telah pun dilalui...tahniah buat anak didik ustzah yang mencapai kejayaan. Terima kasih kerana memberikan kegembiraan kepada ibu bapa, dan juga guru-guru yang telah berhempas pulas mengajar kalian. Jangan lupa untuk mengucapkan hamdalah dengan sebanyak-banyaknya kerana memberikan ni'mat kejayaan yang besar ini. Sujudlah sebagai tanda kesyukuran dengan perasaan penuh ikhlas dan redha.

Redha dengan kejayaan dan redha dengan kegagalan. Ujian Allah bagi yang berjaya, adakah Allah masih diingati di sebalik kejayaannya? Adakah mereka mengingati asal kejayaan itu?
Bagi yang gagal.Ujiannya , adakah mereka mampu bersabar di kala insan lain bergembira dengan kejayaan? Adakah mereka redha dengan ketentuan yang diberikan?

Allah itu Maha Adil. Dia memberikan kejayaan tanpa menilai iman seseorang. Kalaulah Allah hanya memberikan kejayaan kepada yang imannya tinggi sahaja, maka ramai lah manusia yang dalam kesesatan dan kebodohan. Sedang manusia,jika kita amati sekarang pun, masih lagi mengingkari suruhan Allah walaupun akalnya bagus, bijak dan pandai..

Maka, akal dan iman tidak berkaitan, tetapi saling memerlukan. Akal yang pandai harus dibimbing oleh iman agar kepandaiannya digunakan untuk mensyukuri kepandaiannya dengan cara beribadah dan mengamalkan suruhan serta meninggalkan larangannya. ..

Sunday, December 18, 2011

Syhhh..ini rahsia!


Tiba-tiba hati ini kembali mengingati kata-kata seorang sahabat. Semoga hidupnya dirahmati Allah selalu...

"ana sukakan enti. ana minta maaf sekiranya warkah ini menyebabkan solat enti tidak khusyuk, hati enti tidak tenang. ana minta maaf...ini semua bukan salah enti, sebaliknya ia salah ana ..sebab tidak mampu menangkis perasaan-perasaan ini walau dah pelbagai cara ana cuba melupakan enti. Enti ana rasakan begitu istimewa.Setiap tutur kata enti penuh hikmah sehingga ana dapat mengingat setiap kata-kata enti..Astaghfirullah..ana minta maaf."

Kehidupan ini ibarat permainan catur. Kita tak mampu menjangka apa yang akan berlaku pada kita kemudian hari.  Kadang kala, kita menjangka ia adalah takdir kita, tapi rupanya ia datang hanya seketika. Begitu juga dengan jodoh, setiap yang datang, kadang kala amat menghampiri 'si dia' yang ditetapkan untuk kita. Sehingga kita seolah-olah merasakan dialah mr.@ mrs right kita.

Seharusnya, pergantungan kita kepada Allah perlu kuat. Usah terlalu mudah meramalkan sesuatu sedang kita sebenarnya langsung tidak tahu.Mohonkan petunjukNya dalam doa. Thabatkan keyakinan pada istikharoh padaNya. Redholah pada semua ketetapanNya.
Ini semuanya tersimpan kemas dalam 'rahsia'Nya...

Wednesday, December 14, 2011

Siapa kita di sisi Tuhan?

Kita selalu nak dipuji dan disukai oleh orang lain.
Bila ada yang puji kita bagus, pandai..rasa macam dah hebat sangat dah.
Tapi, kita tak tahu sebenarnya, hakikat kedudukan kita di sisi Allah.
Hanya Allah yang tahu bagaimana kedudukan kita di sisiNya.
Kita tidak harus menilai kebaikan dan keburukan  manusia lain dengan melihatnya pada pandangan zahiriah sahaja.
Mungkin apa yang kita sangka pada zahirnya berbeza dengan apa yang tersirat.
Begitu juga dengan pandangan orang lain terhadap kita.
Mungkin kita rasa kita dipandang mulia di antara sahabat kita, tapi sebaliknya mereka menikam di belakang kita.
Setiap manusia punya pandangan yang berbeza.
Usahlah terlalu mengejar "baik'', "bagus", pada pandangan manusia, tetapi sebenarnya kita " buruk"," jahat" pada pandanganNya. ..
Utamakanlah pandangan Allah dalam setiap perkara.
Iaitu dengan cara berfikir apakah apa yang kita lakukan, katakan akan diredhai dan disukai olehNya,
dan bukan untuk diredai dan disukai oleh manusia..wallahu a'lam.




Monday, December 12, 2011

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK


ingin saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan kesihatan. semoga memberi manfaat...

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lu
pa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Sunday, December 11, 2011

muda sebelum tuamu

Dua hari lalu, aku balik kampung. menziarahi kedua orang tuaku yang kini hanya tinggal berdua. Memahami rasa kesunyian yang menyelubungi kehidupan mereka, aku sering membawa anak-anakku pulang ke kampung, agar anak-anakku belajar sesuatu. kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diri kita sewaktu kecil.

Ketika asyik menonton kartun kesukaan anakku, tiba-tiba ayahku menghampiriku. Lalu dihulukan kepada sebuah buku nota yang berwarna pink. Dia memintaku menaipkan satu wasiat nenekku. tujuannnya untuk diperbanyak kepada mak cik dan pak cikku yang lain. Nenekku buta huruf. Hanya mampu menulis jawi. Aku kagum dengannya. Walaupun belajar sendiri, dia mampu membaca al Quran dengan baik.

Melihat tulisan wasiat itu membuat aku terdiam seketika. Menyedarkanku bahawa nenekku sudah tua. Jadi wasiat itu minta ditulis untuk pembahagian faraid buat anak-anaknya. Seorang nenek tua yang tinggal sendirian, uzur untuk ke mana-mana, namun hatinya dan imannya sangat gagah sehingga tidak pernah tewas dengan keenakan tidur malam, Malah, malam-malamnya diisi denagn bangun tahajjud sehingga fajar menyinsing. Aku masih tidak sehebat itu. Hari-harinya diisi dengan berpuasa, manakala aku sebagai orang muda yang masih kuat menahan lapar ini, boleh dibilang dengan jari berpuasa sunat.


Semasa muda memang seronok
Makan dan minum selalu enak
hati riang tidur pun nyenyak
sampai lupa ibadat yang banyak

Masa tua jarang diingat
Nak beribadat dah tak larat
duduk termenung hidup merempat
makan dan minum rasa pun kelat


waktu muda usah terleka
memang asyik dan mempesona
ingatla masa tua tidak lama
sekelip mata usia tua menjengah tiba

pada Tuhan bersyukurlah selalu
ni'mat muda diisi dengan ilmu
ibadatlah tanpa jemu
sebagai bekal hari tuamu


Thursday, December 8, 2011

Sahabat itu teman

Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita selepas keluarga.Tetapi ada segelintir manusia yang lebih mengutamakan sahabat daripada keluarga. Masing-masing punya pengertian tersendiri tentang sahabat. Kadang kala ia juga dipanggil teman. Maka timbullah istilah teman sejati.

Siapa dia teman sejati? Teman yang sejati bukanlah yang memuji apabila kita dipuji orang lain, Sebaliknya dia mengingatkan kita supaya tidak riak dengan pujian-pujian itu. Teman yang sejati bukan yang membenarkan setiap apa yang dilakukan, Sebaliknya dialah teman yang menidakkan sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan.
Menjadi guru banyak mengajarku tentang kehidupan seorang remaja. Adalah suatu bonus bagi seorang guru kerana dia sebenarnya boleh merasai apa yang dirasai oleh anak muridnya kerana telah pun melaluinya ketika dia remaja suatu ketika dulu.

Mencari teman yang sejati memang sukar. Seorang teman mungkin boleh belajar bersama teman sejatinya, tapi mungkin sukar untuk meluahkan apa yang dirasa kepadanya. Mempunyai teman tika senang memang mudah, tapi ketika susah, memang sukar dicari. Kadang-kala, seseorang terlalu mencari teman sehingga menenggelamkan jati dirinya.Saya pernah terbaca kata-kata seorang motivator, katanya seseorang yang terlalu ingin berteman atau memerlukan kawan untuk membuat sesuatu sebenarnya kurang berkeyakinan dengan dirinya. Betul bukan?

Perjuangan memang memerlukan teman dan sahabat. Tidak cukup satu, tapi dua, tiga, sepuluh dan berjemaah. Berjemaah lah untuk menjadikan umat Islam kuat dan hebat..

Monday, December 5, 2011

Baik dan Buruk

hari ini seperti biasa, ditemani sepasang cahayamataku,peneman hari-hari cuti ku. Aku bersyukur kerana Allah memberikanku kehidupan yang sudah cukup buatku. seusia 27 tahun, aku sudah ada rumah yang selesa, kereta yang berguna, suami yang penyayang, anak-anak yang menghiburkan. Alhamdulillah...Kadang-kala merasa berdosa bila terdetik di hati ingin hidup lebih mewah, lebih selesa. seolah-olah Allah belum mencukupi apa yang selayakkanya bagiku. Semoga aku sentiasa tersedar bahawa bukan semua apa yang aku inginkan adalah terbaik buatku, sebaliknya apa yang Allah berikan itulah yang terbaik buatku. Kadang kala melihat sesuatu yang baik, aku terasa mahu sangat ia dalam tanganku. sedangkan yang baik pandangan manusia itu belum tentu baik pada pandangan Allah. Ayuh thurayya, sentiasa ingat bahawa : apa-apa yang aku benci belum tentu buruk buatku, dan apa-apa yang akau suka bukan tentu baik untukku!!!

agar jiwamu tenang..

wahai hati yang sedih
bersabarlah,kerana Allah menyayangi hambaNya yang bersabar
usahlah keterlalaun dalam menitiskan air matamu
kerana takut-takut engkau tidak redha dengan ketentuannya

wahai jiwa yang gusar
bertenanglah, penuhi jiwamu dengan zikrullah
kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati kan menjadi tenang
Allah sentiasa menemani hambaNya jika dia ingin Allah bersamanya

wahai hati yang mencari cinta
cintailah Allah dengan sempurna
kesempurnaan cinta takkan kau kecapi tanpa cintaNya
bersyukurlah kerana cinta Allah padamu masih menyala
Dia masih memberikanmu segala apa yang engkau perlu